Wednesday 5 September 2012

Welcome To Wedding Card Shop.

PROMOSI JOMMM JIMMMATTT 2013 !!!!












Cara-Cara Nak Buat Tempahan .
 
Untuk Bt Tempahan Sila Emailkan Kepada : ainkadborang@gmail.com , Pihak kami akan reply email anda ASAP, & Kami akan Emailkan Oder Form Serta Price List ,

LANGKAH-1  
ISI BORANG TEMPAHAN

Pastikan borang di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yg dicetak adalah di atas kesilapan anda.
Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke ainkadborong@gmail.com
Untuk Semak Kod Untuk Setiap Design Boleh layari di : www.designkad.com
Borang tempahan akan diemail kan kepada anda.
 LANGKAH-2
DEPOSIT PERTAMA - RM50 

Sila buat bayaran deposit kepada kami.
Buat bayaran ke  akaun berikut:- Cimb 0109 0101 461 525  (SITI NORAINI BINTI BAHARUDIN)

Sila fax/email sahkan pembayaran anda.Sekiranya anda menggunakan Cimbcliks Perlu Letakkan Email ainkabdorong@gmail.com , Sekiranya menggunakan Atm, Sila Emailkan silip Bank anda.


LANGKAH-3
REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN

Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan adalan 7-10 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.
  
LANGKAH-4
PEMBETULAN

Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.
  
LANGKAH-5
PENTING ! : DEPOSIT KEDUA - 50% 

Sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah bersih tempahan anda.
Buat bayaran ke  akaun berikut:- Cimb 0109 0101 461 525  (SITI NORAINI BINTI BAHARUDIN)

Sila fax/email sahkan pembayaran anda.Sekiranya anda menggunakan Cimbcliks Perlu Letakkan Email ainkabdorong@gmail.com , Sekiranya menggunakan Atm, Sila Emailkan silip Bank anda.
Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.

NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI DEPOSIT 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KAD LEWAT DITERIMA.

LANGKAH-6
PROSES MENCETAK 

Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 10-14 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.
 

LANGKAH-7
KAD SIAP

Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 7 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda. Anda juga boleh menyemak status cetakan kad anda di Status Print
 

LANGKAH-8
 PENTING ! : BAYARAN AKHIR.

Sila buat bayaran akhir baki 50% dari jumlah bersih tempahan anda.

Buat bayaran ke  akaun berikut:- Cimb 0109 0101 461 525  (SITI NORAINI BINTI BAHARUDIN)

Sila fax/email sahkan pembayaran anda.Sekiranya anda menggunakan Cimbcliks Perlu Letakkan Email ainkabdorong@gmail.com , Sekiranya menggunakan Atm, Sila Emailkan silip Bank anda.


Sila nyatakan nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.

 
LANGKAH-9
PENGHANTARAN

Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada diluar kawasan Melaka perkhidmatan courier SKYNET akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. . Penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa 7-10 hari menggunakan pos domestik, sila buat tempahan lebih awal supaya masalah kelewatan tidak berlaku.
Untuk menyemak ststus penghantaran  anda. Sila layari www.statuspenghantarankadborong.blogspot.com


Terma & SyaratPrintE-mail
Pelanggan Yang Dihormati,

Sila baca terma dan syarat pembelian sebelum membuat tempahan di website ini.

1.     Terma-terma dan Syarat-Syarat Tempahan
Kad Kahwin Borong menerusi website  "Wedding Card Jitra " menawarkan perkhidmatan mencetak kad perkahwinan, cenderahati dan sebagainya secara online dan offline untuk kemudahan pelanggannya. Dengan membuat tempahan di website ini atau pun di premis kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu syarat yang wajib dipatuhi.  

Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran  yang ditetapkan di dalam Invois. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh satu (1) - tiga (3) hari bekerja bagi mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan.  Jika anda tidak menerima emel kami dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami melalui telefon ataupun email. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami.

2.    Barangan dan Perkhidmatan


Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin.  Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada.  Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.
Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa.  Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.
Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa.  Ketebalan, tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas terdahulu.  Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas. 
Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi sesuatu produk itu tidaklah 100 peratus tepat dan tertakluk kepada kesesuaian sesuatu kad.

Setiap kad yang dikeluarkan oleh KAD BORONG mestilah disertakan dengan logo, alamat laman web dan nombor telefon di belakang kad dan juga di tempat lain mengikut kesesuaian.
3.    Pembayaran
Semua  pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)
Setiap tempahan kad hendaklah disertakan dengan bayaran pendahuluan. Sila rujuk bawah:

Deposit Pertama : (Untuk mula proses tempahan)
Minima 50% dari jumlah amaun tempahan  
Deposit kedua (sebelum kerja-kerja cetakan)
Bayaran 50% dari jumlah harga barang

Deposit Akhir :
Baki dari jumlah amaun yang telah dibayar.

4.    Tempoh Siap
Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan menyediakan draf rekabentuk (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 7 hingga 10 hari bekerja. Anda dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera.  Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya.  Tempoh yang diperlukan ialah 1 - 3 hari bekerja bergantung kepada maklum balas berkenaan. Pindaan draf hendaklah tidak melebihi tiga kali. Bayaran tambahan akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melibatkan perubahan drastik (Cth: ada unsur baru, tukar keseluruhan peta, tukar gambar yg perlu di "edit") bergantung kepada kesukaran dan masa yang diambil.
Kad hanya akan dicetak setelah draf dipersetujui oleh pelanggan dan deposit sebanyak 50% dibayar oleh pelanggan. Kad tidak akan di mula cetak selagi deposit 50% tidak diselesaikan oleh pelanggan. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan penerimaan kad disebabkan oleh masalah ini.
Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan bahawa tempoh yang dinyatakan itu dipatuhi sepenuhnya.  Bagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti ketiadaan stok, sedikit kelewatan mungkin berlaku.  Oleh itu, anda digalakkan membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Kami akan mempastikan bahawa jumlah kuantiti produk yang dibekalkan bertepatan dengan jumlah tempahan.  Sungguhpun begitu, anda digalakkan membuat pengiraan semula sebaik sahaja menerimanya.  Sekiranya anda mendapati kuantiti tempahan tersebut kurang daripada yang dibekalkan, anda hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh penerimaan tersebut. Kami akan membuat semakan semula dan sekiranya didapati ada kesilapan di pihak kami, kami akan membuat penggantian.  Bagaimanapun, jika  tempoh berkenaan tamat, sebarang aduan mengenai kuantiti tidak akan dilayan.
5.    Penghantaran
Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran kos penghantaran dibuat. Barangan tidak akan dihantar selagi kos penhantaran tidak dijelaskan.
Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat.  Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier SkyNet sahaja.  Bagaimanapun, anda boleh melantik agen penghantaran atau datang sendiri ke pejabat kami untuk mengambilnya.
Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh SkyNet untuk memudahkan anda membuat semakan dengan stesen Skynet berhampiran kawasan anda ataupun anda boleh menyemak sendiri di halaman web http://www.skynet.com.my
Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi.  Penghantaran melalui SkyNet hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan SkyNet di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.

6.    Risiko
Penghantaran melalui Skynet dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggung jawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak SkyNet. 

7.    Warranti
Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

8.    Had Tanggungjawab
Kami akan bertanggung jawab di atas segala proses pembikinan artwork dan draf. 
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak hasil draf kad yang telah kami siapkan. Pelanggan dinasihatkan menyemak keseluruhan kad dengan teliti. Jika terdapat perubahan sila maklumkan secara bertulis atau email kepada perekabentuk bertugas. Sekiranya draf rekabentuk disemak di premis dan pelanggan dikehendaki menurunkan tandatangan sebagai tanda bukti persetujuan. Sekiranya draf rekabentuk dipersetujui melalui email, maka email terakhir anda yang menyatakan persetujuan akan menjadi bukti persetujuan anda.
Persetujuan melalui telefon diterima. Tetapi kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan yang bakal berlaku kelak samada ianya datang dari pihak kami atau pihak anda sendiri. 
Kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa jua kesilapan selepas kad cetak walaupun kesalahan tersebut datangnya dari pihak kami atau pihak anda sendiri. Selepas draf rekabentuk dipersetujui anda sebagai pelanggan secara rasmi telah memberi kebenaran untuk kami mencetak barangan yang ditempah. 
Kami akan bertanggungjawab sekiranya kad yang tempah berlainan dengan hasil draf rekabentuk yang telah dipersetujui.  Kami berhak mengantikan yang baru atau memberi diskaun di atas kesilapan yang telah kami lakukan.

9.    Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat  jika proses percetakan belum dilaksanakan. 
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
Jika pembatalan dibuat selepas draf dibuat, wang pendahuluan artwork (RM50) tidak akan dikembalikan.
Jika pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut prestasi kerja yang telah disiapkan. 

10.    Polisi Privasi
Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda.  Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.

11.    Penggunaan Semula
Kami berhak menggunakan kad-kad yang telah kami cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web ini atau pun di guna pakai sebagai contoh jualan. Kami juga berhak membawa contoh kad pelanggan kami untuk dipamerkan di pameran pengantin yang mungkin bakal kami sertai kelak.
Sekian.




















Followers